Setelah wafatnya Vocalist ustaz Mohd Asri Ibrahim tujuh tahun lalu memberi kesan mendalam kepada anggota kumpulan nasyid Rabbani. Kumpulan nasyid yang pernah popular dengan lagu Intifada ini akhirnya merilis album terbaru mereka, “Yang Benar”.

Menurut vokalis terbaru Rabbani, Azadan Abdul Aziz, kami berusaha bangkit semula dengan lagu-lagu ketuhanan meskipun mengakui sukar tanpa kehadiran allahyarham.
“Tujuh tahun ini kami berusaha meneruskan legasi ditinggalkan arwah Asri. Rabbani cuba bangkit semula untuk kekalkan semangat juang pernah ditinggalkan Asri dan ia tidak sesenang disangkakan,” kata Azadan,

Album ‘Yang Benar’ merupakan karya ke-22 Rabbani dan turut mendapat sentuhan komposer terkenal Edry Abdul Halim. Lebih menariknya, album ini menampilkan duet bersama dua penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza untuk lagu ‘Muhammad Al Ameen’ dan Black di lagu yang berjudul ‘Dalam Aku’.

Selain itu album ini juga memuatkan lagu terbaru, diantaranya ‘Yang Benar’, ‘Syukur’, ‘Permaidani Buatku’ dan ‘Zakat di hati’. Keseluruhan lagu dalam album ‘Yang Benar’ memberi pesan kejujuran dan keikhlasan dalam membentuk kerohanian serta pengisian jiwa.

Menurut Azadan, Allahyarham Asri Ibrahim sering mengingatkannya untuk menghasilkan sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan kata-kata itu sering menjadi kekuatan kepada mereka.

Diketahui sebelumnya, Asri Ibrahim meninggal dunia pada tahun 2009 akibat serangan jantung.

“Dulu lagu Intifada yang pernah saya hasilkan untuk Rabbani masih menjadi kegemaran peminat hingga kini. Saya lega kerana dapat menghasilkan lagu bukan semata bercorak hiburan tetapi mempunyai mesej berguna dan Rabbani memberikan kepuasan itu melalui kerjasama seperti ini,” tutupnya (bud/mt-r)