Kuala Lumpur – Salah seorang anggota kumpulan nasyid Brothers asal negeri Jiran, Mohd. Salleh Mohamed Deril (40), meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) petang tadi (6/10/2016).

Dilansir Nasyidkini, Mohd Salleh masuk ruang ICU akibat penyakit jantung dan darah tinggi sehingga memerlukan alat bantuan pernafasan. Hal ini dilakukan karena denyut jantung lemah dan mengalami sesak nafas.

Sebelumnya, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Klang sejak Ahad lalu sebelum dipindahkan.

Kumpulan Nasyid Brothers terbentuk pada 1995 beranggotakan Yasin Sulaiman, Faiz dan Syah. Setelah sepuluh tahun berkarya, grup nasyid ini merilis album ‘Sabar’ pada 2015 silam. (mt-r)